THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, August 7, 2009

Melihat Positif dalam Negatif

1. Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam,
BERSYUKUR kerana beliau tidur disisi kita,
bukan dengan orang lain.

2. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel
apabila mencuci pinggan,BERSYUKUR kerana itu
bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan
berpeleseran.

3. Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar,
BERSYUKUR kerana itu bermakna
kita masih mempunyai pekerjaan.


4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat,
BERSYUKUR kerana itu bermakna kita
cukup makan.


5. Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap
yang perlu dilap,dan rumah yang
perlu dikemas,
BERSYUKUR kerana itu bermakna kita mempunyai
tempat tinggal.


6. Untuk bunyi bising jiran-jiran, BERSYUKUR
kerana itu bermakna kita masih
lagi boleh mendengar.


7. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok,
BERSYUKUR kerana itu
bermakna kita ada pakaian
untuk dipakai.


8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian
bekerja,BERSYUKUR kerana
itu bermakna kita
masih berupaya untuk kerja kuat.


9. Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif,
BERSYUKUR kerana itu
bermakna kita masih
berupaya untuk berjalan.


10. Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi,
BERSYUKUR kerana itu
bermakna kita masih hidup untuk
meneruskan hari tersebut...


11. Untuk para ibu yang selalu berleter,
BERSYUKUR kerana itu bermakna ibu kita masih ada
dan pemberi nasihat


HAVE A WONDERFUL DAY!!!

BELAJARLAH BERSYUKUR... .

  
..